Jadual Gaji SBPA


Bangun pagi ni je dah terbayang apa yang aku akan lalui hari ini. Dateline minit mesyuarat, ada pulak mesyuarat pagi ni.. dah sure jejak sampai pukul 11 pagi.. lepas tu sambung dengan sambungan bengkel 2 hari lepas.. pun urgent gak.. nak hantar ke pengurusan hasil bengkel tu esok.. itu tak kira business plan yang aku kena bentang hari Isnin belum sentuh lagi.. tak buat pembetulan pun.. adoi.. rasa takut plak nak gi kerja.. huhuhu.. tp okay la.. syukur.. aku ada gak kerja.. ada gak rezeki tiap bulan untuk menyara kehidupan.. nak dibandingkan dengan mereka yang masih mencari pekerjaan..

Minggu lepas ada seorang pegawai baru masuk, kira luar biasa la.. sebab tahun lepas semua perjawatan dibekukan kat organisasi ni.. nampak slow je.. tapi rezeki dia.. mungkin dia belum biasa dengan suasana organisasi.. mungkin dia ingat aku garang.. daripada 7000 orang yang memohon, 4 orang je yang diterima masuk.. kira dia best 4 la.. kena plak untuk pemilihan pegawai pada kali ini dia punya assessment punya la banyak..selain interview.. dengan test.. dengan pengucapan awam.. kiranya siapa dapat masuk tu terbaik la..

Cerita tentang syukur tu.. ramai yang dah dapat kerja tapi tetap tak syukur.. tuduh tak adil la.. perah tenaga la.. walaupun cakap-cakap belakang.. tp sampai gak kat telinga ni.. Sekarang ni dinding pun boleh berkata-kata.. (perumpamaan laa).. Jawapan aku untuk mereka yang marah.. tak suka dengan majikan.. deiii baii.. untuk 4 kekosongan je.. 7000 yang mohon.. kalau tak suka.. berhenti je.. itu je nasihat aku.. dah ada kerja.. kerja elok-elok..

2 minggu ni semua sibuk dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam, lebih mendebarkan Jadual Gaji SBPA tidak dipublish dalam laman web.. semalam ada member cakap dah boleh download.. tp aku rasa dia dapat dari sumber yang tidak rasmi.. ada le pegawai BPSM Jabatan Kerajaan mana tah gi upload kat web.. tak pulak aku jumpa.. hmm.. amanah bro.. jgn kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga..

Arahan mudah je.. nak tengok Jadual Gaji.. pergi je BPSM.. tak pun tunggu je.. start esok semua jabatan kerajaan akan mula membuat sesi taklimat dan roadshow.. kerana tempoh untuk menandatangani borang opsyen adalah dari 16 Dis - 31 Disember 2011.

Ambil pendekatan mudah.. sain aje.. untuk kekal relevan.. memang le ada orang takut.. sebab dalam opsyen baru ni ada Dasar Pemisah.. dapat markah 70 kebawah seseorang penjawat awam boleh diberhentikan.. yang bercakap tu dah dapat 2 kali anugerah perkhidmatan cemerlang.. lawak bro.. bos bodoh je bagi markah 70 ke bawah kepada staf dia yang bagus.. pengalaman aku bagi markah la.. 73 tu aku abis rendah la aku bagi pada staf aku yang asyik cuti.. mc.. dan tak menyumbang apa-apa pada aku.. setakat memberikan senyuman yang manis setiap hari.. kalau dia boleh menaip surat sehelai dua.. buat filing surat aku (minit fail pun slow je tulis).. dah tentu atas dari itu.. kalau dia boleh bantu aku menyelesaikan masalah.. comfirm 85 keatas aku bagi kat dia.. cuma start tahun lepas bila ada CPD diperkenalkan.. 20 peratus markah datang dari CPD.. ramai yang leka akhirnya kecundang.. termasuklah aku..

So, tak payah risau.. tak payah takut.. kalau pasal pencen umur 60 tu.. semalam Tan Sri Abu Bakar (KPPA) telah maklum.. kalau nak tukar.. boleh.. dan pencen dan ganjaran diberi..

Soal gaji tu, jangan le risau.. ada kenaikan.. tak payah lah nak banding kenaikan gaji orang yang gred lebih tinggi.. tak kemana duit tu.. LHDN sedia memotong.. huhu.. aku pun rasa tahun ni kena bayar gak.. dengan bonus sebulan.. memang tak dapat pengecualian.. buku pun tak banyak beli tahun ni.. alatan sukan takde..

Okay, senyum.. mandi dan pergi kerja.. adoyaiii.. minit mesyuarat tak siap lagi ni..





READ MORE - Jadual Gaji SBPA

Pagi


Selamat pagi.. alhamdulillah kerana kita dapat bangkit dari tidur. Allah telah panjangkan usia kita sehari lagi.. aku dah semakin tua.. huhu.. aku tak cite lagikan pasal aktiviti aku minggu lepas. Okay.. memang le belum kan.. Dowww..

Minggu lepas aku gi ikut member gi ambil gambar wedding.. kebetulan majlis tu kat kampung aku.. So, aku tak keberatan le untuk menerima pelawaan dia untuk jadi assistant dia untuk 2 hari.. masa sampai tu, aku memang dah kenal tuan rumah dia, sebab salah sorang anak dia memang classmate aku dulu masa sekolah..

Standby le nak shot orang nikah. Rilek je.. majlis pun simple je.. ayah pengantin ni memang kira warak le juga.. so, hiburan2 ni takde.. yang meriah dalam majlis ni aku rasa sebab aku dan kengkawan aku yang pegang kamera ni ada.. kalau tak serupa je macam majlis kenduri doa selamat.. huhu.. memang sepatutnya majlis perkahwinan kita tidak terlalu membazir.. kalau terlebih duit takpe..

Berbalik kepada cerita aku.. masa tu aku tengah tunggu majlis ijab dan kabul.. standby tepi tangga mengadap pengantin lelaki tengah duduk atas bantal.. huhuhu.. 10 tahun lepas aku pernah duduk atas bantal macam tu.. hmm ayah dia nikahkan sendiri.. memang nerbes.. kalau ngan pak Imam boleh kautim sket..

Sementara tu shot le sanak saudara dah hadirin yang datang.. pastu nampak le anak dara.. hmm.. macam kenal je.. aku biarkan dulu.. ehh.. dia senyumm pulak.. aku nak start dulu ke kena control macho ni.. haha.. aku snap lagi beberapa gambar..

Aku datang rapat.. makin rapat.. makin rapat.. lepas tu ingatan aku kembali 9 tahun yang lepas.. tetiba je terbayang sekumpulan budak kelas 4A berlari ke padang.. "Cikgu.. cikgu.. kita nak main apa hari ni?" tanya seorang budak comel yang iras muka.. arghhh.. Masya Allah... anak murid aku dah jadi anak dara daaaaa...

"Awak Nurkamardhia (bukan nama sebenar) kan?" aku menyapa "Iya cikgu.. cikgu nampak lain" jawapnya.. hahahaha.. kau pun apa kurangnya.. kata aku dalam hati..

Baru sedar diri.. dah tua dah aku ni.. okay la.. nak bersiap gi kerja..
READ MORE - Pagi

Cabaran Bekerja


Okay, settle kes dokumen hilang.. tetiba je pagi tadi ada plak kat atas meja.. agak mustahil dokumen tu ada kat atas meja sebab semalam sebelum aku balik meja aku memang aku dah clearkan. Pelik tapi benar.. aku ingat ada le sesapa yang memulangkannya.. So, tamat siri mencari dokumen.. mengantuk sehh.. semalam berapa kali aku terjaga dari tidur, siap mimpi pindah pejabat lagi..

Jadi hari ni aku nak citer je sket.. bahawa aku suka kalau aku bermotivasi ke tempat kerja.. kekadang kalau rasa macam tak efektif je nak kerja aku akan ambil cuti.. kalau boleh tak nak la datang buta-buta ke pejabat hanya untuk kejar punch card.. lepas tu dekat opis kau tak tau nak buat apa.. bila bos bercakap kau nampak dia tembus je.. faham tak maksud aku.

So, untuk itu aku suka cari cabaran dan membuat kerja yang tak biasa aku buat. Tapi bahayanya kalau aku tak settle buat kerja ni aku akan tertekan.. biasanya kalau tertekan tu sebab aku kurang kemahiran untuk membuat pekerjaan berkenaan.. tiba la part yang aku suka.. iaitu aku belajar untuk mendapatkan kemahiran berkenaan.. kepuasan yang aku dapat adalah pada akhirnya aku telah berjaya mendapat kemahiran yang sebelum ini aku takde.

Itu cerita aku la, kalau korang nak try pun boleh, jangan takut terima tugasan., kekadang tu aku tengok ada pegawai baru bos cakap je.. dah tolak mentah-mentah.. kata tak tau.. aku lemah sket nak kerja dengan orang yang macam tu. Walaupun aku nampak macam poyo je, berlagak macam tahu padahal tak tau pun.. tp muka kena confident.. ayat kena power.. Kalau tak kau buat je la kerja rutin tiap hari..

Cuba lah dapatkan cabaran yang berskala rendah dulu.. tengok kita boleh hadapi atau tidak.. jangan terus melompat pada cabaran yang tinggi.. secara logik.. kalau rendah.. kita jatuh.. masih boleh la berdiri.. kalau tinggi.. aku takut tengkorak pecah je..huhu

Okay lah.. aku off dulu.. nak balik ambil gambar pasport anak aku dan aku.. nak penuhkan borang untuk gi tadika. Hmm.. dah besar anak aku..
READ MORE - Cabaran Bekerja

Bila Ada Masalah


Memang jadi lumrah dalam kehidupan kita akan menghadapi kesukaran atau didatangi masalah setiap hari.. yang membezakan hanyalah sama ada masalah tersebut kecil atau besar.. dan kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah.. antara cara untuk kita menghadapi masalah adalah dengan membuat perancangan awal bagi masalah yang boleh kita jangkakan.

Hari ini aku menghadapi masalah berkaitan kehilangan satu dokumen. Aku rasa berkemungkinan ia tersalah letak. Aku yakin dokumen tersebut tidak aku buang bersama draf Rancangan Perniagaan yang aku cetak minggu lepas. Keserabutan persediaan kertas kerja dan SKT pada minggu lepas amat menghantui pemikiran aku hinggakan minit mesyuarat untuk mesyuarat hujung minggu ini masih belum aku siapkan.

Dalam pada aku ingin cuba mengingatkan kembali dimana dokumen tersebut, aku cuba mengadu pada staf aku kalau-kalau ada terlihat dokumen tersebut. Mungkin sekurang-kurangnya pada pemikiran aku mereka boleh membantu mengingatkan kembali ingatan aku. Tapi tindakan tersebut amatlah bodoh dan tidak akan buat lagi. Ia bukan saja tidak mengingatkan aku tapi malah membuat aku tidak boleh tidur dan meletakkan aku umpama ayam yang sedang tunggu untuk disembelih. Kata-katanya dengan melibatkan integriti serta maruah aku sebagai pengurus amat tidak aku senangi. Apa yang aku harap adalah kata-kata sokongan sebenarnya. Mungkin sebaris kata-kata pengharapan "Mungkin bos tersalah letak" atau "Ala bos, kalau atas meja takkan boleh hilang". Bukan lah kata-kata berunsur ugutan seperti "Bukan ke bos patut uruskan dokumen tu minggu lepas", "Kalau Puan (bos aku) tahu dokumen tu takde tentu dia kecewa".. sentap aku mendengarnya.. siapa dia nak ugut aku..

Jadi sepanjang malam ini aku memikirkan perkara ini dan kalau boleh nak pergi sekarang juga ke pejabat mencari dokumen tersebut. Selepas ini tidak akan aku berkongsi masalah dengan staf lagi.. cukup la aku rasa bodoh malam ni.. kalau kengkawan aku buat aku macam ni.. dah lama dia aku remove friend.. So, lepas ni kalau ada masalah dan sebagainya, kita settlekan sendiri tanpa berkongsi dengan orang yang tidak boleh membantu.. Perkongsian masalah kadang-kadang boleh mengurus tekanan pemikiran kita terhadap perkara tersebut tetapi kadang-kadang menjadi racun yang berbisa dan tidak dapat kita sangkakan.

Lepas ni solat subuh dan bersiap terus ke pejabat.. Doakan aku berjaya.


READ MORE - Bila Ada Masalah